Tuesday, August 27, 2019

OUTREACH SMK MUADZAM JAYA

27 Ogos 2019

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Hari Kooperasi SMK Muadzam Jaya. Beberapa orang pelajar dan kakitangan beserta wakil dari kelab Robotik PMS telah membuka booth pada program berkenaan. Para pelajar SMK Muadzam Shah sempat mengikuti beberapa aktiviti yang disediakan di booth JTMK PMS diantaranya pameran drone dan robot. Pelbagai maklumat turut dikongsi bersama pelajar terutamanya mengenai program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)- DDT yang ditawarkan di JTMK PMS. Semoga kerjasama antara JTMK PMS bersama SMK Muadzam Jaya akan diteruskan Pada masa akan datang.




Tuesday, January 8, 2019

AKU DAN JTMK

GAMBAR KENANGAN STAF DAN TENAGA PENGAJAR JTMK

Gambar ini telah diambil pada 16 Januari 2014 sebagai kenagan.

Monday, January 7, 2019

AKU DAN JTMK

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 


Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) adalah salah satu jabatan yang ditubuhkan di Politeknik Muadzam Shah pada 1 Ogos 2003. Penubuhannya adalah selari dengan permulaan operasi PMS dimana pengambilan kumpulan pelajar pertama yang terdiri dari pelajar kursus Sijil Teknologi Maklumat (SIT memulakan sesi pengajian pada Januari 2004.

Pada awal penubuhan, Jabatan ini dianggotai oleh 4 orang tenaga pengajar termasuk Ketua Jabatan. Kini, JTMK mempunyai 10 orang pensyarah, seorang pembantu tadbir, seorang juruteknik komputer dan seorang pembantu makmal. Bermula pada Sesi Julai 2009, JTMK mengambil pelajar bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Pengambilan pelajar dibuat 2 kali setahun iaitu pada Sesi Jun dan Sesi Disember setiap tahun. makluman program SIT tidak lagi ditawarkan bermula pada Sesi Julai 2009.