Tuesday, August 27, 2019

OUTREACH SMK MUADZAM JAYA

27 Ogos 2019

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Hari Kooperasi SMK Muadzam Jaya. Beberapa orang pelajar dan kakitangan beserta wakil dari kelab Robotik PMS telah membuka booth pada program berkenaan. Para pelajar SMK Muadzam Shah sempat mengikuti beberapa aktiviti yang disediakan di booth JTMK PMS diantaranya pameran drone dan robot. Pelbagai maklumat turut dikongsi bersama pelajar terutamanya mengenai program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)- DDT yang ditawarkan di JTMK PMS. Semoga kerjasama antara JTMK PMS bersama SMK Muadzam Jaya akan diteruskan Pada masa akan datang.




No comments:

Post a Comment